Followers

Monday, August 25, 2008

French Classic Goji Coffee with Eucommia

RM 21


:: Tanpa pewarna & pengawet.

:: Terdiri daripada campuran ramuan kopi bermutu tinggi diadun bersama ekstrak eucommia.

:: Menghilangkan keletihan dan meningkatkan tenaga anda.


:: Nota: Sesuai sebagai minuman harian.

:: Cara Hidangan : Tuangkan 1 pek ke dalam secawan air panas (120ml). Kacau dan hidangkan.


*Jika berminat sila hubungi:
Rusdy 012-2528131
Email : cenderawasihrovers@yahoo.com.my / cenderawasihrovers@gmail.com


PUSAT RAWATAN BEKAM LINTAH

-darah tinggi
-kencing manis
-resdung
-kudis buta
-gaut
-migrain / sakit kepala
-asma, semput & lelah
*juga menjual minyak lintah
hubungi En. Jamaluddin 017-2150959 @ 013-7334210

Tuesday, August 12, 2008

LUAHAN HATI MANTAN DC LEMBAH PANTAI (KAMARULBASHAH HUSSIN)

Salam pada rakan2,

Disini saya ingin umumkan keluar dari berpengakap selama-lamanya tanpa rasa ragu. Melalui mesyuarat yang diadakan yang dipengerusi oleh ADC Latihan, YM Raja pada hari ahad lalu. Mesyuarat sebulat suara telah memilih En. Zainur Sham @ Ady sebagai DC baru Lembah Pantai yang namanya akan dilantik oleh SCKL Mior pada hari Isnin iaitu semalam.

Tahniah, pada DC baru dan semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan jayanya demi pengakap daerah lembah pantai. Saya mengucapkan terima kasih pada rakan-rakan yang banyak menyokong dan membantu saya dalam kegiatan aktiviti berpengakap selama ini. Tak banyak yang saya dapat lakukan untuk pengakap daerah lembah pantai ketika menjawat jawatan DC Lembah Pantai hanya 7 bulan bersama rakan2 dalam menjalankan aktiviti bersama. Saya rasa jawatankuasa yang berada dibawah saya dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.

Disini juga saya ingin ingatkan kembali pada rakan2 sekalian yang mana perlantikan saya sebagai DC Lembah Pantai adalah dari prestasi baik saya menjayakan Kembori Muhibbah yang dianjurkan oleh PPMWPKL yang diketuai oleh Mejar (B) Sallehuddin SCKL ketika itu dan pencalonan nama saya oleh En. Fuad (Mantan DC). Saya hanyalah menyambung tugas dan amanat dari En. Fuad yang mana beliau berharap agar seorang dari Lembah Pantai dapat menjadi DC dikawasan ini dan seterusnya membangunkan pengakap di Lembah Pantai. Setiap perkara yang saya hendak lakukan saya akan berbincang dengan beliau dan mencari jalan terbaik melakukan aktiviti atau menyelesaikan segala masalah. Tujuh tahun beliau menyandang jawatan DC Lembah Pantai dan banyak kenangan manis dan pahit beliau lalui, Tahniah Tuan.

Tapi malangnya rakan2, satu musibah berlaku di PPM dan juga PPMWPKL yang mana Mejar (B)Sallehuddin digantung jawatannya oleh PPM. Dan malangnya lagi daerah2 lain menjadi kelam kabut akibat penganti yang memangku jawatan SCKL merombak semua jawatankuasa di dalam Pengakap KL. Kita mengambil jalan selamat berada di tengah2 dalam konflik yang berlaku. Saya juga telah dipujuk oleh Jufri Lai utk datang ke perjumpaan dan mendengar apa yang berlaku di BP House pada ketika itu. Rakan2 sekalian, saya rasa sudah cukup cara dan gaya saya berjumpa dan bersedia menyambung tugas sebagai DC Lembah Pantai dalam pentadbiran baru. Tapi persoalan nya semua surat telah saya tandatangani dan hanya borang tauliah sahaja saya tidak hantar pada pentadbiran baru dan akhirnya saya dipecat sebegitu. Mungkin ketika saya hadir beberapa kali mesyuarat dengan pentabiran baru, saya ada ajukan soalan yang berupakan kaedah utk menjalankan aktiviti pengakap tanpa kiter mengungkit hal2 pentabiran lama tapi SCKL Mior terlampau marah menjawab soalan saya, lain ditanya, lain lak dijawabnya dan juga saya dimarahi depan mesyuarat mengatakan saya tiada pendirian dan bermain politik dalam pengakap serta dia berkata saya memang baik dengan SCKL Mejar (B) Sallehudin dan rakan2. memang benar saya baik dengan semua rakan2 saya.


Saya rasa mungkin pasal ini saya dipecat dan borang tauliah itu sebagai alasan. Itu saya tidak kisahkan sangat kerana saya berpendirian tidak mahu berkompromi dengan SCKL Mior lagi dan tidak akan "menyembah" beliau utk jawatan DC Lembah Pantai, saya juga tidak akan jumpa beliau sehingga bila2. Saya lebih rasa hormat pada Mejar(B) Sallehudin ketika beliau menjawat jawatan SCKL satu ketika dahulu, saya pernah juga berada dalam pentadbiran SCKL yang sebelum ini iaitu Mendiang KS Maniam, Arwah Ismail Omar, En. Malik dan Mejar (B) Sallehudin dimana mereka ini pemimpin2 pengakap terbaik yang penah saya kenali.

Tetapi apa yang berlaku di Lembah Pantai dalam hal semasa ini dan disebabkan sikap segelintir rakan2 yang saya kenali agak kecewa jugak akhirnya dimana mereka sanggup membelakangkan saya sedangkan kita telah buat perjanjian bersama 'bersatu teguh, bercerai roboh' menyelamatkan Daerah Lembah Pantai dari gangguan luar demi pengakap di daerah lembah pantai. En. Fuad antara yang betul2 kecewa dengan tindakan segelintir rakan2 di lembah pantai. Beliau juga mengambil tindakan keluar dari pengakap di lembah pantai.

Buat YM Raja, saya sudah baca sms yang tuan hantar pada en fuad semalam, mengatakan tuan sudah ada 60% sokongan untuk menjatuhkan saya jika En. Fuad tidak memujuk saya untuk berjumpa dengan SCKL Mior, sedih sgt saya melihat sms begitu. Sebenarnya saya mmg mengambil tindakan berdiam diri dahulu setelah tuan menghantar beberapa email di yahoo group mendesak saya berbuat sesuatu tentang kedudukan jawatan saya. Beberapa kali saya katakan pendirian saya tidak akan 'menyembah' pada SCKL Mior tue utk jawatan DC Lembah pantai. Dan saya telah beri arahan pada semua rakan2 jalankan aktiviti seperti biasa tanpa rasa ragu.

Tetapi sebalik nya berlaku, Allah s.w.t tunjuk kan segalanya, hasil dari kesabaran saya selama ini, akhirnya saya dapat tahu hati budi tuan serta rakan2 yang lain. Saya tahu cerita dan rancangan tuan, famie, ady dan lain2 sebelum ini. Just bukti kukuh yang saya lihat semalam di hp En. Fuad menunjukan segala2 nya.


Teruskan usaha murni tuan , utamakan 4 orang bakal pengakap raja di lembah pantai tahun ini dan pengakap yang lain seperti tuan pernah katakan, jangan musnahkan harapan mereka. Saya faham tindakan yang tuan buat demi menjayakan Pengakap di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Malaysia amnya.

Buat rakan2 di lembah pantai, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kerana banyak membantu saya dalam menjayakan aktiviti bersama, rakan2 saya ibarat keluarga saya sebenarnya dalam pengakap di lembah pantai. Terlalu ramai saya mendidik dalam pergerakan pengakap ini dan mereka yang berada dalam lembah pantai kebanyakan dari didikan saya semasa berpengakap di sekolah dahulu. Saya pernah keluar daerah dan mereka ini juga yang pernah memujuk saya kembali ke lembah pantai satu ketika dahulu termasuk En. Fuad. Saya berharap rakan2 dapat meneruskan perjuangan dalam pengakap di lembah pantai. Tidak lupa rakan2 Pengakap Kuala Lumpur, semangat dan sokongan anda saya hargai. Teruskan usaha murni mu itu. Mungkin satu hari nanti terjawab segala-galanya siapa yang benar atau salah. Berkat kesabaran mu itu amat saya sanjungi.

Saya mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau tersilap budi bicara, saya tidak akan kembali dalam pergerakan ini selama-lamanya, tetapi kita masih berkawan seperti biasa selepas ini, segala keputusan ini muktamad dan saya berharap rakan2 semua menghormati tindakan saya ini.

Terima Kasih

Kamarulbashah Hussin @basha - 9w2ach - 019 3572507- IT Consultant, WTSB Sdn. Bhd.

Monday, August 4, 2008

ROVER BOWL

AKTIVITI : PERLAWANAN BOLING PERSAHABATAN ANTARA KELANA-KELANA PPMWPKL
TARIKH : 24HB OGOS 2008 (AHAD)
MASA BERKUMPUL : 1200 TGH HARI
TEMPAT : IOI MALL PUCHONG
YURAN : RM15 SEORG (3 GAMES) / 1 KUMPULAN 5 ORG (5 X RM15)
TARIKH TUTUP : 10HB OGOS 2008

*MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI RUDY - 0122528131
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...