Pengikut

Jumaat, 15 April 2011

LENCANA KEAHLIAN

Lencana Keahlian

1) Peraturan pakaian seragam
2) Prinsip Rukun Negara
3) Lambang pengakap Malaysia dan pengakap dunia
4) Persetiaan & undang-undang pengakap
5) Hormat dan cogan kata pengakap
6) Sejarah pengakap Malaysia dan pengakap dunia
7) Simpulan

Peraturan Pakaian Seragam


 
  .       .       .       .       .      .       .       .       .       .      .      .
.
.
.
.
.
.       .       .       .       .       .       .       .       .       .       .     .

Prinsip Rukun Negara

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada raja dan negara,
Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang,
kesopanan dan kesusilaan.

Lambang Pangakap Malaysia Dan Dunia

 Lambang Pengakap Malaysia 
a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud "Persetiaan Pengakap" iaitu:-" taat kepada Tuhan,Raja dan Negara" , "Menolong orang setiap masa" , "menurut undang-undang Pengakap".

b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.

c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"

d) Bintang pecah 14  yang terdapat di tengah kelopak melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"

d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
e) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".

f) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap.

kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", hijau "Pengakap Muda", merah "Pengakap Remaja"

g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

 Lambang Pengakap Dunia
a) Lambang Pengakap Dunia terletak di tengah lingkaran tali dengan hujungnya dimatikan dengan ikatan buku sila. Lingkaran tali membawa maksud ' persaudaraan Pengakap seluruh dunia.'
b) Lambang Pengakap di dalam lingkaran tali itu mempunyai tiga kelopak yang membawa maksud Persetiaan Pengakap.
c) Di dalam kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima pecahan bintang itu,membawa maksud  sepuluh Undang-Undang Pengakap.
d) Ketiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali.Ikatan itu membawa erti yang pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia.
e) Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Sedunia.
f) Warna putih membawa maksud kecucian dan kebersihan.

Persetiaan Pengakap Dan Undang-undang

 Persetiaan Pengakap 
Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan :
Taat kepada Tuhan, raja dan negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut undang-undang pengakap.
 Undang-undang Pengakap
1) dipercayai
2) taat
3) berguna
4) bersaudara
5) berbudi
6) kasihkan binatang
7) menurut perintah
8) tabah hati
9) berjimat
10) suci fikiran, perkataan, perbuatan

Hormat dan Cogan Kata Pengakap

Hormat Pengakap
- diberikan semasa :
   a) berjumpa dengan pemimpin pengakap dan pegawai-pegawai pengakap atau orang kenamaan.
   b) Menerima anuerah, sijil atau hadiah
   c) Istiadat menaik dan menurunkan bendera.
Cogan Kata Pengakap
Pengakap Kanak-kanak  : Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda           : Selalu Sedia
Pengakap Remaja         : Pandang Luas
Pengakap Kelana          : Berkhidmat

Sejarah Pengakap Malaysia Dan Dunia

 Sejarah Pengakap Malaysia
Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.
  1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
  2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
  3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
  4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
  5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
  6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
  7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
  8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
  9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
  10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
  11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
  12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

 Sejarah Pengakap Dunia
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
Nama Penuh                            : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan                      : BP
Tarikh Lahir                            : 22 Febuari 1857
Tempat Lahir                          : London, England
Pendidikan Awal                      : Charter House, London
Pekerjaan Bekas                     : Mejar Tentera British
Nama Bapa                             : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri                             : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia           : 8 Januari 1941

                                           Sumber :http://www.geocities.com/kelanakajanga/sejarahpengakap.html

Simpulan

Simpul Buka Sila ( Reef Knot )
 - mengikat kain pembalut luka dan menyambung tali yang sama besar saiznya.

Simpul Bunga Geti ( Sheet Bend )
- menyambung 2 utas tali yang sama besar dengan tali yang tidak sama besar.


Simpul Manuk ( Clove Hitch )
- mengikat tali pada tiang atau balak.
- memula & mematikan sesuatu ikatan.


Simpul Tindih Kasih ( Bowline )
- membuat tajul yang tidak boleh menjerut.
- digunakan semasa kerja-kerja menyelamat.


Lilit Dua Simpul ( round turn and two half hitches )
- mengikat hujung tali pada tiang, pokok, dll.
- mengikat hujung tali khemah.

Lilit Pemati Biasa ( Common Whipping )
- mematikan hujung tali




                                  

PERLANTIKAN KELANA DAERAH KERAMAT




TEMPAT :
RIMBA RIA, SG CONGKAK.

TARIKH :
7-8 MEI 2011 (SABTU-AHAD).


MINTA KERJASAMA SEMUA PASUKAN KELANA DAERAH KERAMAT HADIR DALAM PERLANTIKAN KELANA DAERAH KERAMAT.
SETIAP PEMIMPIN SILA AMBIL TINDAKAN.

CENDERAWASIH ROVERS (AZWAN AZIZ)
DUTA ROVERS (AZRI AWALUDDIN)
HUSKY ROVERS (OWI LIM)
INTAN ROVERS (DZULFIKAR KAMAL)
JAGUAR ROVERS (MOHD ADZALY ADNAN)
KAIMAERA ROVERS (DZULFAQARNAIMULLAH HASBULLAH)
SVIAN ROVERS (ASHLEY)

SYARAT PENYERTAAN:
1)BERDAFTAR DALAM PASUKAN PENGAKAP KELANA DAERAH KERAMAT.
2)BAYARAN SEBANYAK RM (????) *akan ditetapkan kemudian.
3)MEMPUNYAI PAKAIAN PENGAKAP YG LENGKAP.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:

ADC KELANA, ROSHAN ZAKI OTHMAN (012-6220861)
ADC PROGRAM, RUJSDI SYAHRANI (012-2528131)
ADC PENGURUSAN RISIKO, ROSMAWI ISA (014-9249726)




Selasa, 22 Februari 2011

PERKHEMAHAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP DAERAH KERAMAT




TARIKH:
26 & 27 FEBRUARI 2011 (SABTU DAN AHAD)


TEMPAT:
SMK SEKSYEN 5 WANGSA MAJU
KUALA LUMPUR



Syarat Penyertaan
  •  Ahli Pengakap Muda dan Remaja yang terdiri daripada pelajar yang menuntut di Tingkatan 1 hingga 5 dan yang berminat untuk mendapatkan lencana Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.
  •  Ahli yang belum lulus ujian Lencana Keahlian Pengakap Muda dan Pengakap Remaja digalakan.
  •  Mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
  •  Mendapat kelulusan daripada Pengetua Sekolah selaku Kuasa Penganjur.
  •  Sihat tubuh badan.


Bayaran Pendaftaran
  • Setiap peserta di kenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 35.00 seorang (Ringgit Malaysia Tiga puluh lima sahaja).
  • Bayaran meliputi makan dan minum, Sijil Penyertaan, Buku Skim Lencana dan Lencana Keahlian Pengakap.  

*Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Rusdy Syahrani (012-2528131)
Penolong Pesuruhjaya Daerah Keramat (Program)



Jumaat, 28 Januari 2011

The WILD L7 camping stove or Dapur Petak



Dapur camping yang compact dan ringan.
Terkenal dengan pendaki gunung.
Mudah dan murah (guna gas tin) 

Harga RM50++ sebuah. (boleh didapati di UpTown Danau Kota, Setapak)

ciri ciri: 
Ukuran : 13 cm X 10 cm X 8 cm (lihat gambar) 
Berat : Kotak + beg + dapur - 404 gm 
Beg + dapur - 350 gm 
Dapur sahaja - 320 gm 
Gas consumption : 100g/hr (bergantung kepada flame setting) 
Power: 6000 BTU 




Selasa, 4 Januari 2011

PROGRAM PENGEMBARAAN / MENDAKI GUNUNG STONG & GUNUNG AYAM (Lencana Extreme / Lencana Ekspedisi) di Kompleks Gunung Stong, Taman Negeri Kelantan.



TARIKH : 1-6 FEBRUARI 2010 (Selasa - Ahad).

Syarat-syarat Penyertaan :

  1. Ahli Pengakap Kelana / Pengakap Remaja yg berdaftar dlm Daerah Keramat. (Kini terbuka kpd semua yg berminat).
  2. Melengkapkan Borang penyertaan dan borang perakuan dan menghantarkannya kepada ADC Program Daerah Keramat sebelum atau pada 25 Januari, 2011 (Selasa).
  3. Membuat bayaran penuh sebanyak RM80.00 (no. akaun Bank Islam : 14032020382141) *sila simpan slip pembayaran sbg bukti pembayaran & maklumkan setelah membuat transaksi. Bayaran meliputi tambang perjalanan pergi-balik tidak termasuk makan-minum.
  4. Menghadiri perjumpaan yang berkaitan sebelum perlaksanaan program (tarikh dan tempat akan diberitahu kemudian).
*Sila serahkan borang & wang penyertaan kepada ADC Program Daerah Keramat, Rusdy Syahrani (012-2528131).


    Tentatif Program :

    1 Februari 2011 (Selasa)
    Jam 2000 - Berkumpul di Gate B Stesyen keretapi Sentral Kuala Lumpur.
                   - Taklimat pergerakan pembahagian kumpulan & pengagihan peralatan.
    Jam 2130 - Bertolak ke Dabong, Kelantan menaiki Koc Event yang ditempah khas pada Train
                      Ekspres Wau.

    2 Februari 2011 (Rabu)
    Jam 0900- Tiba di Dabong.
    Jam 0930- Bertolak ke pintu masuk Taman Negeri Kelantan (Perdana Stong Resort)
    Jam 1000- Tiba di Perdana Stong Resort.
                   - Taklimat pergerakan.
    Jam 1030- Memulakan pendakian.
    Jam 1230- Tiba di Kem Baha (permulaan Air terjun Stong).
                   - Makan tengahari.
    Jam 1400- Bertolak ke Kem Betau (CP1).
    Jam 1630-Tiba di Kem Betau.
                   - Mengemaskan Kem.
                   - Makan malam / rehat.

    3 Februari 2011 (Khamis)
    Jam 0800-Bertolak ke Gunung Baha (CP2).
    Jam 1200-Tiba di Gunung Baha.
    Jam 1300- Bertolak ke Gunung Ayam.
    Jam 1500- Tiba di Puncak gunung Ayam (1504 metre).
                   - bermalam di puncak.

    4 Februari 2011 (Jumaat).
    Jam 0800- Bertolak ke Gunung Stong.
    Jam 0945- Tiba di Puncak Gunung Stong (1422 metre).
    Jam 1030- Bertolak ke Gua Bogor (CP5)
    Jam 1230- Tiba di Gua Bogor.
                   - Makan tengahari.
    Jam 1400- Bertolak ke Kem Baha
    Jam 1630-Tiba di Kem Baha.
                   -Bermalam di Kem Baha.

    5 Februari 2011 (Sabtu)
    Jam 0800- Bertolak ke Kompleks Gua Ikan.
    Jam 1000- Tiba di Gua Ikan.
                   - Meneroka Gua Ikan, Gua Batu Susun, Gua Keris dan Gua Pagar.
    Jam 1700-Bertolak ke Dabong
    Jam 2200- Bertolak pulang ke Kuala Lumpur menaiki Train Ekspres Wau.

    6 Februari 2011 (Ahad)
    Jam 0930-Tiba di Stesyen Sentral Kuala Lumpur.
                   ~Ekspedisi Tamat~



    Borang Penyertaan (Kelana)


    Paper Note



    Covering for Log Book



    T-Shirt XPDC RM15 (peserta)
    RM20 (bkn peserta)


    KEM PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2011


    TEMPAT : Kem Jungle School Malaysia, Kuala Kubu Baru.

    PADA : 21, 22 & 23 Januari 2011 (Jumaat, Sabtu & Ahad).

    *P/S : Pengakap Remaja dari Daerah Keramat yang sudah menamatkan Lencana Jaya dan 5 Lencana tertinggi diminta untuk berhubung dengan saya segera (melalui pemimpin troop).-DC Halim Yaccob.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...