Pengikut

Isnin, 29 Disember 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430H


Salam Maal Hijrah 1430H dari PPMWPKL Daerah Setiawangsa.

Kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman



Tuanku Ja'afar (86tahun) mangkat pada pukul 11.45 pagi hari Sabtu, 27 Disember 2008 di Hospital Tuanku Jaafar. Tuanku Ja’afar merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesepuluh yang memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999. Jenazah Tuanku dibawa ke Istana Hinggap Seremban dan dikebumikan pada 28 Disember 2008.

Semoga Rohnya Almarhum Tuanku dicucuri rahmat serta digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman-amin

Salam Takziah buat Ahli Kerabat Tuanku serta Warga Negeri Sembilan dari PPMWPKL Daerah Setiawangsa.



Ucaptama Majlis Perasmian oleh Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada Jambori Pengakap Malaysia ke-11 di Ulu Bendul, Negeri Sembilan 2006.

TAKZIAH BUAT PPM NEGERI KELANTAN

Rabu, 24 Disember 2008

MOTORSIKAL UNTUK DI JUAL...

Motorsikal Scooter Yamaha jenis Nouvo S dengan harga RM3500 (cash).
Tahun 2007 (WQL). Hutang kedai dah 'setel'.
Hubungi Fikar utk sebarang pertanyaan (017-6414614)

* motorsikal scooter yamaha nouvo S tersebut telah pun terjual.
harap maklum....

Rabu, 10 Disember 2008

Sekitar Kawasan Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa. ( 7hb Dis 2008 )




Di kawasan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa jam 7.15pagi, 7hb Dis 2008.














PUSAT PEMINDAHAN BENCANA TANAH RUNTUH, BUKIT MEWAH, BUKIT ANTARABANGSA. ( 6HB DIS 2008 )


Pusat Pemindahan Di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang, Ampang, Selangor.
(6hb Dis 2008)














Mangsa Tanah Runtuh mendaftar di kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor di Pusat Pemindahan SK Hulu Kelang.












Petugas & sukarelawan PBSM sedang menyediakan sarapan pagi seawal 4pagi di SK Hulu Kelang untuk mangsa tanah runtuh & petugas ops mencari & menyelamat di Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa.








Reny & Faizul sedang menyediakan roti untuk sarapan petugas & mangsa tanah runtuh.
(5pg, 7hb Dis 2008)












Sukarelawan PBSM Gombak membantu menyiapkan bekalan makanan dari SK Hulu Kelang, Ampang.












Makanan siap di bungkus...














Siap untuk di hantar ke kawasan tanah runtuh...

Rabu, 3 Disember 2008

TAKLIMAT PERKHEMAHAN KEM BUKIT LAGONG

Tempat: Dataran Merdeka (hadapan Muzium Sejarah Kuala Lumpur)
Tarikh: 6hb Disember 2008 ( Sabtu )
Masa: 9pagi - 12tghari
Kelengkapan: Bawa buku log
Nota: Pakai fulluniform lengkap.

PENUNDAAN TARIKH KEM BINTANG PENGAKAP, BUKIT LAGONG


Kem Bintang Pengakap yang akan diadakan di Bukit Lagong, Selayang telah ditukar tarikh seperti berikut:-

TARIKH: 9HB DISEMBER - 14HB DISEMBER 2008 (SELASA - AHAD) 6HARI 5MALAM.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 6HB DISEMBER 2008 (SABTU)
BAYARAN PENYERTAAN: RM12 SEORANG.

*Sila hantar borang & bayaran penyertaan pada 6hb Dis 2008 di Dataran Merdeka (hadapan Muzium Sejarah Kuala Lumpur selewat-lewatnya jam 12tgh hari.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:-
Pengurus Kelas: Cik Erma Yanti (012-7751921)
Penyelia Kelas: Cik Mahani Leow (017-6275830)

BASIC KNOTS

SIMPULAN & IKATAN

SEMAPHORE

MORSE CODE

Selasa, 2 Disember 2008

DARI LENSER CAMERA EOS DSLR 450D


Kenangan masa Jambori Antarabangsa Johor Ke-24 (15-20 Nov 2008) bersama team KP (Kelana Petugas).














Tengah masak burger.
Saje tolong tauke kedai ni..
dah lame x masak burger...
hehehe...











Survenior dari Kontinjen Sabah..

RALAT....!!!

TARIKH TAHLIL ARWAH AYAHANDA RUSDY ADALAH PADA 4HB DISEMBER 2008 BUKANNYA 4HB NOVEMBER 2008 SEPERTI YG ANDA BACA SEBELUM INI.
SEGALA KESULITAN & KESALAHAN AMAT DIKESALI.HARAP MAAF.
SELAMAT HARI RAYA QURBAN...

Sabtu, 29 November 2008

PERJUMPAAN KELANA SETIAWANGSA

Tarikh: 30 Nov 2008 (Ahad)
Masa: 12 tengah hari
Tempat: Pusat Bowling Mid Valley Mega Mall (Berhampiran Panggung GSC)

*Sebarang pertanyaan sila hubungi ADC HEW Cik Normalini 012-6915741, dan ADC Pentadbiran Rusdy 012-2528131.

*Tema pakaian warna hitam.

Air Scout


In the 1930's Scout Troops near to airfields and gliding clubs started to include air activities in their programmes and an 'Air Patrols' pamphlet was produced by HQ's. The Air Scout Branch came into being in January 1941, during the Second World War and provided for air- minded youngsters too young for the ATC where the minimum age was 16 at the time. The response was immediate and enthusiastic, with many demands for literature and advice as Troops and Patrols were formed in many parts of the country. Recruitment was little affected by uniform restrictions imposed by clothes rationing and it was possible to introduce a distinctive uniform in which, for the first time, a beret replaced the traditional Scout hat. Air Scouting reached its numerical peak in 1944. With the end of the War in the following year, number began to fall, but there was no lack of enthusiasm in those who stayed on. In October 1950, as a result of successful negotiations with the Air Ministry, a scheme was introduced for Air Scout Troop to be granted Air Ministry recognition provided certain conditions were met. Members of recognised Troops were permitted to wear a special badge and to have the advantage of certain much needed facilities including opportunities for flying experience in service aircraft for Air Scouts who had reached the required standard of training. To begin with, few Troops were strong enough to qualify for recognition but the scheme itself, gave the incentive, so that by 1955, nearly 40 Troops were given Air Ministry recognition. In that year, the Assistant Chief of Staff at the Air Ministry, Air Vice Marshal J.G.W. Weston, accepted appointment as Headquarters Commissioner for Air Scouts. Air Scouts by many of these local clubs.

KELAS PENGAKAP AT DATARAN MERDEKA

TAJUK : Seni Sukat & Anggar
TEMPAT : Dataran Merdeka (berhadapan Muzium Sejarah Kuala Lumpur)
TARIKH & MASA : 30hb November 2008 , 0800 hingga 1300
YURAN : PERCUMA
KELENGKAPAN : Sila bawa buku log, tali pengakap & protrator@pensil
NOTA : Pakai Uniform.
Sila maklumkan pada yang lain.

TAHLIL ARWAH

Saudara dan saudari di jemput utk menghadiri majlis tahlil arwah ayahanda Rusdy pada dan masa seperti berikut:-

Tarikh: 4hb Dis 2008 (Khamis mlm Jumaat)
Masa: 8.30mlm (selepas isyak)
Tempat: 108, Jalan Enggang, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur.(berhadapan Hj Sobi canopy)

Sekian utk makluman.

*pertanyaan hubungi Rusdy 012-2528131 @ 016-3436393

Isnin, 10 November 2008

KEM BINTANG PENGAKAP 2008

KEM BINTANG PENGAKAP 2008

Bukit Lagong

Anjuran

PENGAKAP DAERAH LEMBAH PANTAI

Kelolaan

KELAS DATARAN MERDEKA

Kerjasama

RUMAH LATIHAN RAWANG

Untuk sebarang maklumat tambahan sila hubungi:

PENGURUS KELAS

Cik Erma Yanti Osman

012-7751921

PENYELIA KELAS

Cik Mahani Mohd Leow

017-6275830

TARIKH

19hb hingga 24hb Disember 2008 (6 hari)

TEMPAT

Pusat Latihan Belia Bukit Lagong

(Dahulu di kenali sebagai Pusat Latihan Penguatkuasa Negeri Selangor)

YURAN PERKHEMAHAN

Yuran perkhemahan adalah PERCUMA. Pengangkutan, khemah dan bekalan makanan minuman TIDAK disediakan, sila rujuk senarai barangan yang perlu dibawa seperti dalam lampiran. Namun peserta DIKEHENDAKI untuk membayar RM12.00 bagi perbelanjaan penganjur dalam urusan dokumentasi.

OBJEKTIF PERKHEMAHAN

Perkhemahan ini bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran pengakap dengan yuran yang rendah bagi membuka peluang kepada ahli-ahli pengakap yang berminat untuk menjalani latihan bagi melayakkan diri untuk di calonkan ke Pentarafan Pengakap Raja.

RASIONAL OBJEKTIF PERKHEMAHAN

Latihan demi latihan melalui perkhemahan yang kerap untuk mencapai tahap kemahiran tertinggi bagi melayakkan diri untuk di calonkan ke Pentarafan Pengakap Raja memakan belanja yang besar. Ini menjadi antara faktor utama penghalang bagi ahli-ahli pengakap yang kurang berkemampuan, walaupun ahli pengakap tersebut mempunyai kecenderungan ke arah pencapaian Anugerah Pengakap Raja tersebut.

SESSI BERSAMA PENGURUS KELAS

Pada hari Ahad jam 1:00 petang hingga 2:00 petang adalah hari yang di khaskan kepada ibubapa dan penjaga untuk mendengar taklimat daripada Pengurus Kelas mengenai Pentarafan Pengakap Raja. Sessi ini membuka peluang sekiranya ada sebarang persoalan atau keraguan yang ingin di ajukan. Sessi ini tidak menyediakan makanan dan minuman.

PENYERTAAN TERHAD

Perkhemahan ini adalah penyertaan terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Kepada lelaki dan perempuan yang berumur dari 13 tahun hingga 17 tahun dalam Kuala Lumpur dan Selangor.

JURULATIH PERKHEMAHAN KEM BINTANG 2008

Barisan jurulatih bagi perkhemahan ini terdiri daripada Pengakap-Pengakap Kelana yang berpengalaman tinggi dalam ilmu kepengakapan. Barisan jurulatih ini mengamalkan konsep pendidikan Pengakap yang tidak memerlukan sebarang sentuhan fizikal dalam latihan kemahirannya serta tidak mengamalkan konsep ragging.

Adakah jurulatih-jurulatih ini berbayar perkhidmatannya? Tidak, barisan Pengakap Kelana ini adalah sukarelawan yang sentiasa berkhidmat demi kebaikan pembangunan pengakap khasnya dan masyarakat amnya.

SUKATAN PELAJARAN

Seni Sukat & Anggar (The Art of Measurement & Estimation)

Seni Simpulan & Ikatan (The Art of Knots & Lashing)

Kemahiran Menyalakan Api (The Art of Fire Kindling)

Seni Pemerhatian (The Art of Observation)

NetKOM (Navigation, Map & Compass)

Masakan Hutan (Backwood’s Cooking)

Sains Kebakaran (Fire Fighting Science)

Penyelamat & Pertolongan Cemas (Rescue & First Aid)

Berenang (Swimming)

Kawad Tongkat (Staff Drill)

PERATURAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan ini mengamalkan tahap disiplin yang tertinggi dan tiada tolak ansur dalam penguatkuasaan peraturan perkhemahan. Penganjur berhak untuk menangguh, menolak atau membatalkan sebarang penyertaan sebelum ataupun semasa perkhemahan berjalan. Peserta yang menepati mana-mana syarat-syarat utama dalam tindakan pembatalan penyertaan akan di hantar pulang.

SYARAT-SYARAT UTAMA TINDAKAN PEMBATALAN PENYERTAAN

  1. Di dapati melanggar peraturan keselamatan dalam aspek kawalan risiko yang mungkin membahayakan diri sendiri atau peserta yang lain atau kedua-duanya sekali.

  1. Di dapati demam, tidak sihat atau tidak layak secara kekuatan fizikal untuk meneruskan sebarang latihan dalam perkhemahan.

  1. Di dapati cedera semasa menjalankan aktiviti sehingga tidak mampu untuk menyertai aktiviti yang seterusnya.

  1. Di dapati tidak mengamalkan sikap kerjasama dan diplomasi antara peserta sehingga menimbulkan ketidakselesaan yang menjejaskan kelancaran aktiviti.

  1. Di dapati kehabisan bekalan makanan sebelum hari tamat latihan yang boleh menjejaskan penyertaan dalam aktiviti seterusnya.

PERLEPASAN TUNTUTAN

Pihak penganjur sentiasa mengambil langkah pencegahan yang termampu dalam memastikan segala aspek keselamatan dan kesihatan di ambil kira sepanjang tempoh perkhemahan bagi mengurangkan risiko kemalangan. Namun, Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang tuntutan dan dakwaan ke atas apa-apa kemalangan sekiranya berlaku yang tidak di ingini atas kecuaian peserta sepanjang tempoh perkhemahan.

KEBENARAN IBU / BAPA / PENJAGA

Dengan menandatangi perenggan ini maka tuan / puan telah membaca isi kandungan dengan teliti dan memahami “Peraturan Perkhemahan” dan “Pelepasan Tuntutan” serta membenarkan atas tanggungan risiko sendiri untuk melepaskan anak tuan /puan menyertai perkhemahan ini.

NAMA IBU :..............................................

NAMA BAPA :..............................................

NAMA PENJAGA :..............................................HUBUNGAN:........................

KAD PENGENALAN :..............................................

NOMBOR TELEFON :..............................................

NOMBOR TELEFON :..............................................

ALAMAT RUMAH :..............................................................................................

...............................................................................................

...............................................................................................

TANDATANGAN :

……………………………....

( )

NAMA PESERTA :..............................................

KAD PENGENALAN :..............................................

Sila serah semula dokumen ini di kepilkan bersama bayaran RM12.00 tunai (dua belas ringgit sahaja) selewat-lewatnya pada 7hb Disember 2008 jam 9 pagi di Kelas Dataran Merdeka.

Rabu, 5 November 2008

URUSETIA JAMBORI JOHOR 2008

Tarikh: 14hb-21hb November 2008 (Jumaat-Jumaat).
Tempat: Kem Jubli Intan,Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor.
Bayaran: RM70 (pendaftaran)

* kepada kelana yg berminat sila hubungi Rudy (016-3436393). Tarikh tutup penyertaan pada 8hb Nov 2008.

Sabtu, 1 November 2008

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN...

Salam takziah buat keluarga Zuly Rahimie dan isteri, Hanisah atas pemergian anakanda sulung yg bernama Amirah pd 31 Oktober 2008 (Jumaat) jam 11 malam.Pemergian beliau dalam usia kandungan 5 bulan 3 minggu dan dikebumikan di tanah perkuburan Taman Ibu Kota. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Al-Fatihah......
Amin......

Rabu, 29 Oktober 2008

GERAKAN BELIA 4B CAWANGAN SETIAWANGSA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd blogger2 yg melayari blog ini.
Disini ingin saya maklumkan bahawa kami akan menubuhkan GERAKAN BELIA 4B CAWANGAN SETIAWANGSA tidak lama lagi. Penyertaan terbuka kpd Warganegara Malaysia yg berumur lebih dari 15 tahun dan di bawah umur 40 tahun. Kepada sesiapa yg berminat, sila hubungi En. Rudy (0163436393).

* Pendaftaran adalah percuma.
* Sila kepilkan 2 keping salinan kad pengenalan.
* 2 keping gambar ukuran pasport.

ALYA SYAMILA SYAMSURRI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Utk makluman saudara/saudari, ini la anak cikgu sulung cikgu Syamsurri yg diberi nama Alya Syamila. Comel kan..kan...kan...?!
Kepada yg belum sempat tgk wajah Alya Syamila, tatap ar gambar ni puas2..
hehehe..
sekian utk makluman..

Isnin, 27 Oktober 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU....!!!


SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT HAIRUL NIZAM & FADHILLAH YG TELAH MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN PADA 19HB OKT 2008 DI KUALA SG BARU, MELAKA & 26HB OKT 2008 DI TAMAN DESA BAIDURI, CHERAS, SELANGOR.
SEMOGA PERKAHWINAN MEREKA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT.
AMIN...

Sabtu, 25 Oktober 2008

SETIAWANGSA ROVERS....!!

Assalamualaikum & salam sejahtera kpd blogger2 yg sudi melayari blog yg serba kekurangan ini. Diharap saudara/saudari dapat memberikan komen & pandangan berkenaan blog ini.

Buat masa skrg, saya belum dapat lagi menyiarkan gambar2 perkhemahan utk tatapan anda semua atas sebab2 yg tidak dapat diceritakan. (huhuhu…) Diharap anda semua dapat bersabar.

Saya selaku penulis blog cenderawasihrovers ingin mewar-warkan tentang pencarian ahli kelana daerah Setiawangsa bg tahun 2009.

Kami di PPMWPKL Daerah Setiawangsa belum sempat lg menubuhkan kelana Marine (Laut) utk tahun 2008 atas faktor2 yg tidak dapat dielakkan.

Kemungkinan kami akan menubuhkan kelana marine (laut) pada tahun 2009. Kepada sesiapa yg berminat utk menyertai kelana marine (Angkor Rovers) sila hubungi Pemimpin Anchor Rovers, En. Taufiq Mohd Sallehuddin di talian 0176077156 atau Rudy (0163436393).

Sekian utk makluman…

“Sekali Berpengakap, Selamanya Berpengakap”

Rabu, 15 Oktober 2008

SYUKUR ALHAMDULILLAH.....!!!

Syukur Alhamdulillah isteri cikgu Syamsurri, Nik Rozaimah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yg sangat comel pada 10 Oktober 2008 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur jam 9.15mlm.
Bayi tersebut telah pun diberi nama Alya Syamila...
Semoga dengan kelahiran anak sulung ini hidup Cikgu Syamsurri & kak Nik Rozaimah bertambah bahagia...
Amin...

Jumaat, 3 Oktober 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H

Di kesempatan ini kami dari pihak cenderawasihrovers dan PPMWPKL Daerah Setiawangsa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429H kepada semua scouting2 yg telah melayari blog cenderawasihrovers ini.Kami juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan dan kekhilafan yg terjadi samada yg tersurat mahupun yg tersirat sepanjang pentadbiran PPMWPKL Daerah Setiawangsa dibawah Pimpinan Persuruhjaya Daerah Setiawangsa, En. Syamsurri bin Ali dan ahli2 khariah (ADC2 dan Pemimpin2 beliau).
Sungguhpun pergolakan dan kepincangan pihak atasan masih lagi belum selesai, diharap semua tabah dan bersabar dgn proses penghakiman yg sedang dijalankan.
"Sekali Berpengakap, Selamanya Berpengakap..."

Rabu, 3 September 2008

AL-FATIHAH....

Al-Fatihah buat ayahanda RUJSDI, SYAHRANI BIN SUKI yg telah kembali ke Rahmatullah pada Rabu lepas, bersamaan 27 Ogos 2008 jam 6.30pg.
Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org yg soleh...
Amin....

Isnin, 25 Ogos 2008

French Classic Goji Coffee with Eucommia

RM 21


:: Tanpa pewarna & pengawet.

:: Terdiri daripada campuran ramuan kopi bermutu tinggi diadun bersama ekstrak eucommia.

:: Menghilangkan keletihan dan meningkatkan tenaga anda.


:: Nota: Sesuai sebagai minuman harian.

:: Cara Hidangan : Tuangkan 1 pek ke dalam secawan air panas (120ml). Kacau dan hidangkan.


*Jika berminat sila hubungi:
Rusdy 012-2528131
Email : cenderawasihrovers@yahoo.com.my / cenderawasihrovers@gmail.com


PUSAT RAWATAN BEKAM LINTAH

-darah tinggi
-kencing manis
-resdung
-kudis buta
-gaut
-migrain / sakit kepala
-asma, semput & lelah
*juga menjual minyak lintah
hubungi En. Jamaluddin 017-2150959 @ 013-7334210

Selasa, 12 Ogos 2008

LUAHAN HATI MANTAN DC LEMBAH PANTAI (KAMARULBASHAH HUSSIN)

Salam pada rakan2,

Disini saya ingin umumkan keluar dari berpengakap selama-lamanya tanpa rasa ragu. Melalui mesyuarat yang diadakan yang dipengerusi oleh ADC Latihan, YM Raja pada hari ahad lalu. Mesyuarat sebulat suara telah memilih En. Zainur Sham @ Ady sebagai DC baru Lembah Pantai yang namanya akan dilantik oleh SCKL Mior pada hari Isnin iaitu semalam.

Tahniah, pada DC baru dan semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan jayanya demi pengakap daerah lembah pantai. Saya mengucapkan terima kasih pada rakan-rakan yang banyak menyokong dan membantu saya dalam kegiatan aktiviti berpengakap selama ini. Tak banyak yang saya dapat lakukan untuk pengakap daerah lembah pantai ketika menjawat jawatan DC Lembah Pantai hanya 7 bulan bersama rakan2 dalam menjalankan aktiviti bersama. Saya rasa jawatankuasa yang berada dibawah saya dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.

Disini juga saya ingin ingatkan kembali pada rakan2 sekalian yang mana perlantikan saya sebagai DC Lembah Pantai adalah dari prestasi baik saya menjayakan Kembori Muhibbah yang dianjurkan oleh PPMWPKL yang diketuai oleh Mejar (B) Sallehuddin SCKL ketika itu dan pencalonan nama saya oleh En. Fuad (Mantan DC). Saya hanyalah menyambung tugas dan amanat dari En. Fuad yang mana beliau berharap agar seorang dari Lembah Pantai dapat menjadi DC dikawasan ini dan seterusnya membangunkan pengakap di Lembah Pantai. Setiap perkara yang saya hendak lakukan saya akan berbincang dengan beliau dan mencari jalan terbaik melakukan aktiviti atau menyelesaikan segala masalah. Tujuh tahun beliau menyandang jawatan DC Lembah Pantai dan banyak kenangan manis dan pahit beliau lalui, Tahniah Tuan.

Tapi malangnya rakan2, satu musibah berlaku di PPM dan juga PPMWPKL yang mana Mejar (B)Sallehuddin digantung jawatannya oleh PPM. Dan malangnya lagi daerah2 lain menjadi kelam kabut akibat penganti yang memangku jawatan SCKL merombak semua jawatankuasa di dalam Pengakap KL. Kita mengambil jalan selamat berada di tengah2 dalam konflik yang berlaku. Saya juga telah dipujuk oleh Jufri Lai utk datang ke perjumpaan dan mendengar apa yang berlaku di BP House pada ketika itu. Rakan2 sekalian, saya rasa sudah cukup cara dan gaya saya berjumpa dan bersedia menyambung tugas sebagai DC Lembah Pantai dalam pentadbiran baru. Tapi persoalan nya semua surat telah saya tandatangani dan hanya borang tauliah sahaja saya tidak hantar pada pentadbiran baru dan akhirnya saya dipecat sebegitu. Mungkin ketika saya hadir beberapa kali mesyuarat dengan pentabiran baru, saya ada ajukan soalan yang berupakan kaedah utk menjalankan aktiviti pengakap tanpa kiter mengungkit hal2 pentabiran lama tapi SCKL Mior terlampau marah menjawab soalan saya, lain ditanya, lain lak dijawabnya dan juga saya dimarahi depan mesyuarat mengatakan saya tiada pendirian dan bermain politik dalam pengakap serta dia berkata saya memang baik dengan SCKL Mejar (B) Sallehudin dan rakan2. memang benar saya baik dengan semua rakan2 saya.


Saya rasa mungkin pasal ini saya dipecat dan borang tauliah itu sebagai alasan. Itu saya tidak kisahkan sangat kerana saya berpendirian tidak mahu berkompromi dengan SCKL Mior lagi dan tidak akan "menyembah" beliau utk jawatan DC Lembah Pantai, saya juga tidak akan jumpa beliau sehingga bila2. Saya lebih rasa hormat pada Mejar(B) Sallehudin ketika beliau menjawat jawatan SCKL satu ketika dahulu, saya pernah juga berada dalam pentadbiran SCKL yang sebelum ini iaitu Mendiang KS Maniam, Arwah Ismail Omar, En. Malik dan Mejar (B) Sallehudin dimana mereka ini pemimpin2 pengakap terbaik yang penah saya kenali.

Tetapi apa yang berlaku di Lembah Pantai dalam hal semasa ini dan disebabkan sikap segelintir rakan2 yang saya kenali agak kecewa jugak akhirnya dimana mereka sanggup membelakangkan saya sedangkan kita telah buat perjanjian bersama 'bersatu teguh, bercerai roboh' menyelamatkan Daerah Lembah Pantai dari gangguan luar demi pengakap di daerah lembah pantai. En. Fuad antara yang betul2 kecewa dengan tindakan segelintir rakan2 di lembah pantai. Beliau juga mengambil tindakan keluar dari pengakap di lembah pantai.

Buat YM Raja, saya sudah baca sms yang tuan hantar pada en fuad semalam, mengatakan tuan sudah ada 60% sokongan untuk menjatuhkan saya jika En. Fuad tidak memujuk saya untuk berjumpa dengan SCKL Mior, sedih sgt saya melihat sms begitu. Sebenarnya saya mmg mengambil tindakan berdiam diri dahulu setelah tuan menghantar beberapa email di yahoo group mendesak saya berbuat sesuatu tentang kedudukan jawatan saya. Beberapa kali saya katakan pendirian saya tidak akan 'menyembah' pada SCKL Mior tue utk jawatan DC Lembah pantai. Dan saya telah beri arahan pada semua rakan2 jalankan aktiviti seperti biasa tanpa rasa ragu.

Tetapi sebalik nya berlaku, Allah s.w.t tunjuk kan segalanya, hasil dari kesabaran saya selama ini, akhirnya saya dapat tahu hati budi tuan serta rakan2 yang lain. Saya tahu cerita dan rancangan tuan, famie, ady dan lain2 sebelum ini. Just bukti kukuh yang saya lihat semalam di hp En. Fuad menunjukan segala2 nya.


Teruskan usaha murni tuan , utamakan 4 orang bakal pengakap raja di lembah pantai tahun ini dan pengakap yang lain seperti tuan pernah katakan, jangan musnahkan harapan mereka. Saya faham tindakan yang tuan buat demi menjayakan Pengakap di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Malaysia amnya.

Buat rakan2 di lembah pantai, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kerana banyak membantu saya dalam menjayakan aktiviti bersama, rakan2 saya ibarat keluarga saya sebenarnya dalam pengakap di lembah pantai. Terlalu ramai saya mendidik dalam pergerakan pengakap ini dan mereka yang berada dalam lembah pantai kebanyakan dari didikan saya semasa berpengakap di sekolah dahulu. Saya pernah keluar daerah dan mereka ini juga yang pernah memujuk saya kembali ke lembah pantai satu ketika dahulu termasuk En. Fuad. Saya berharap rakan2 dapat meneruskan perjuangan dalam pengakap di lembah pantai. Tidak lupa rakan2 Pengakap Kuala Lumpur, semangat dan sokongan anda saya hargai. Teruskan usaha murni mu itu. Mungkin satu hari nanti terjawab segala-galanya siapa yang benar atau salah. Berkat kesabaran mu itu amat saya sanjungi.

Saya mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau tersilap budi bicara, saya tidak akan kembali dalam pergerakan ini selama-lamanya, tetapi kita masih berkawan seperti biasa selepas ini, segala keputusan ini muktamad dan saya berharap rakan2 semua menghormati tindakan saya ini.

Terima Kasih

Kamarulbashah Hussin @basha - 9w2ach - 019 3572507- IT Consultant, WTSB Sdn. Bhd.

Isnin, 4 Ogos 2008

ROVER BOWL

AKTIVITI : PERLAWANAN BOLING PERSAHABATAN ANTARA KELANA-KELANA PPMWPKL
TARIKH : 24HB OGOS 2008 (AHAD)
MASA BERKUMPUL : 1200 TGH HARI
TEMPAT : IOI MALL PUCHONG
YURAN : RM15 SEORG (3 GAMES) / 1 KUMPULAN 5 ORG (5 X RM15)
TARIKH TUTUP : 10HB OGOS 2008

*MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI RUDY - 0122528131

Rabu, 30 Julai 2008

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN UNIT BERUNIFORM SMK SEKSYEN 5, WANGSA MAJU

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN

TARIKH : 1 - 3 OGOS 2008
TEMPAT : SMK SEKSYEN 5, WANGSA MAJU
MASA : 3 PTG (JUMAAT) HINGGA 12 TGHARI (AHAD)

*MINTA KERJASAMA DRPD KELANA SETIAWANGSA UNTUK MENJADI PEMERHATI.HARAP DAPAT BERI KERJASAMA.

Isnin, 7 Julai 2008

PIEONEERING TOWER

Hourglass Signal Tower

Triangular Signal Tower




Arrow Tower

Signal Tower





Rabu, 2 Julai 2008

KEM LEMBAH GENTING


Kem Lembah Genting merupakan sebuah kem rekreasi, perkhemahan dan latihan milik bumiputra yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor. Diuruskan oleh individu-individu berpengalaman, kem ini menawarkan pelbagai kombinasi aktiviti luaran dan dalaman seperti Jungle Trekking/Survival, Night Trekking, Kem Motivasi, Kem Kepimpinan, Hari Keluarga, dan sebagainya.

Kem Lembah Genting juga dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi yang menghijau serta aliran sungai yang jernih. Lokasinya yang jauh dari kesibukan bandar, bunyi bising kenderaan serta pencemaran menjadikan kem ini sebagai kawasan rekreasi ideal untuk mereka yang menginginkan kedamaian.

Dengan segala kemudahan indoor dan outdoor yang disediakan di sini, Kem Lembah Genting merupakan pilihan yang paling tepat dan professional untuk anda mengadakan program dan aktiviti anda.
FASILITI
Kem Lembah Genting menawarkan kemudahan penginapan, dewan, surau dan tapak perkhemahan yang lengkap dan selesa. Segala kemudahan di sini sesuai untuk semua jenis program seperti Kem Motivasi, Hari Keluarga, Kem Ikhtiar Hidup dan sebagainya.

DEWAN SERBAGUNA



CHALET


DORM 1


DORM 2


REMPUH HALANGAN


REMPUH HALANGAN

FLYING FOX

REPELLING


JUNGLE TREKKING

SURVIVAL



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...