Pengikut

Khamis, 26 Mac 2009

MAKLUMAN....!!!

Kelas Dataran Merdeka pada hari ahad, 29hb Mac 2009 bercuti atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan...

Harap maklum...

*Sila maklumkan pada yg lain.-Pengurus Kelas, Erma Yanti.

Jumaat, 20 Mac 2009

Makluman.....!!!

PERHATIAN......!!!

Kursus Kayak pada 21 & 22hb Mac 2009 (Sabtu & Ahad) ini telah ditangguhkan pada hari lain kerana penyertaan tidak mencecah 30 org peserta.

Tarikh baru akan diberitahu kemudian.

Segala kesulitan amat dikesali.

Harap maklum.

*Kelas Dataran Merdeka pada hari ahad (22hb Mac 2009) cuti.

Sekian utk makluman...


Khamis, 19 Mac 2009

KURSUS KAYAK STAR 1

Tentatif program Kursus Kayak Star 1

21hb Mac 2009 (Sabtu)

8.30pg - Kumpul dan pendaftaran peserta.
9.30pg - Teori iaitu Pengenalan tentang Kayak, Sejarah, Anatomi, Peraturan, Peralatan.
11.00pg - Latihan Prakrikal.
12.30tghari - Rehat.
2.00ptg- Sambung semula latihan praktikal.
5.00ptg- Kelas Tamat.


22hb Mac 2009 (Ahad)

8.30 pg - Kelas Praktikal.
12.30tghari - Rehat.
2.00ptg - Ujian Teori.
3.00ptg - Ujian Praktikal.
5.30ptg - Pulang.

*Keputusan akan diberi tempoh dalam masa sebulan
*Tentatif program bukan muktamad dan ia adalah sebagai panduan sahaja. Sebarang perubahan akan dimaklum kemudian semasa program.
*Sila bawa pakaian yg sesuai seperti pakaian basah, lengan panjang , booties, buku log dan alat tulis.

disediakan oleh : Abdul Muiz Misri - Penolong Jurulatih Kayak Star 1.

Sabtu, 14 Mac 2009

EXPLORACE GENERASI BEBAS JENAYAH (8hb Mac 2009)

Bergambar sblm acara bermula...



ujian mengangkat & memindahkan tikus...



kira kacang hijau... (1,2,3,4....)


menyambung puzle...



fuh...siap gak. cuma huruf V ngan W jew yg x de...



ujian kraftangan berbentuk gelang...
(gelang ke tasbih tu..??)


acara tiup belon berpasangan...
(hehehehe...)


bergambar sebelum pulang...

Khamis, 12 Mac 2009

KELAS DATARAN MERDEKA siri 8/2009

TAKLIMAT & PENDAFTARAN KURSUS KAYAK.

TEMPAT : Dataran Merdeka (hadapan Pustaka Peringatan Kuala Lumpur).
TARIKH : 15hb Mac 2009 (ahad)
MASA : 0800 hingga 1300.
BAYARAN : RM40.00 seorang.
KELENGKAPAN : Bawa buku log & duit pendaftaran RM40.
NOTA : Pakai uniform lengkap.

* penyertaan terhad untuk 30 peserta sahaja.
* sila maklumkan pada yg lain.

sebarang pertanyaan sila hubungi Penyelia Kelas - Cik Mahani (017-6275830).

Khamis, 5 Mac 2009

SALAM MAULIDUR RASUL 1430H / 2009M

“WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH”


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1430H/2009M

1. Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

2. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

3. Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Kebangsaan diadakan pada 9 Mac 2009 (Isnin) melibatkan kira-kira 100,000 peserta yang akan berhimpun sejak awal pagi di hadapan Masjid Negara untuk kontinjen VIP dan beberapa Masjid sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur. Perarakan dari Masjid Negara sejauh kira-kira 1.0 kilometer itu bermula dari Jalan Lembah melalui Jalan Hishamuddin ke Jalan Raja dan terus ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

4. Perarakan akan bermula jam 7.15 pagi dan diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri-menteri Kabinet dan tetamu kehormat lain.

5. Sambil membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. kontinjen berkenaan juga membawa sepanduk dengan cogankata yang mewakili pertubuhan masing-masing berasas kepada tema sambutan “WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH”

6. Perarakan akan berakhir kira-kira jam 9.00 pagi disusuli majlis perasmian perhimpunan yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah. Selain itu VVIP lain yang turut hadir ialah Y.A.B. Perdana Menteri dan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri serta isteri dan Menteri-menteri Kabinet.


*sumber diperoleh daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

MINTA KHIDMAT AHLI CENDERAWASIHROVERS

PERTANDINGAN EKSPLORACE KOMUNITI BEBAS JENAYAH
PERINGKAT ZON KERAMAT.


TEMPAT: STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.
TARIKH: 8hb MAC 2009 (AHAD).
MASA: 8.00PAGI.

*sila berkumpul di SMK Seksyen 5 Wangsa Maju tepat jam 7.00pagi.
sebarang pertanyaan hubungi abg Rudy 012-2528131.



Rabu, 4 Mac 2009

KURSUS INDUKSI RADIO AMATUR

Kursus Induksi Radio Amatur dianjurkan oleh PPM dengan kerjasama KELKOM


Kursus Induksi Radio Amatur ini akan dikendalikan oleh pakar-pakar Komunikasi dan ia adalah kesinambungan kepada Kelas Radio Amatur Examination (RAE) yang telah dianjurkan oleh KELKOM. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli Pengakap untuk menceburi bidang Radio Amatur dan mengetahui mengenai kegunaan Radio Amatur serta mendalami ilmu-ilmu Komunakasi.

Sasaran
Terbuka kepada Pengakap Muda,Pengakap Remaja,Pengakap Kelana dan Pemimpin.

Tarikh
Pada 13 hingga 15 Mac 2009.

Tempat
Kem Pengakap Pantai Bagan Lalang,Sepang Selangor Darul Ehsan.
Bayaran
RM60.00 meliputi makan/minum sepanjang kursus kecuali khemah dan pengangkutan.
Pertanyaan:-
Saudara Abd.Rahim Bin Abd. Hamid,Penolong S/U Eksekutif Program,PPM atau Saudara Muhamad Najib Hussin ditalian 017 700756.

Maklumat dan sumber dari SC WPKL -Mejar Mior Rosli Mior Mohd Jaafar

Selasa, 3 Mac 2009

KELAS DATARAN MERDEKA

NetKOM Musim ke-5, Siri 1/2009

TEMPAT : Dataran Merdeka (hadapan Pustaka Peringatan KL).
TARIKH : 8hb Mac 2009 (ahad).
MASA : 7.00pagi hingga 5.00petang.
KELENGKAPAN : Bawa buku log & duit lebih.
NOTA : Pakai uniform lengkap.

*Sila maklumkan pada yang lain.
(pendaftaran terakhir jam 7.00pagi - 7.30pagi)

*sebarang pertanyaan hubungi Penyelia Kelas, Cik Mahani Leow 017-6275830.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...