
Pengikut
Isnin, 29 Disember 2008
Kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Tuanku Ja'afar (86tahun) mangkat pada pukul 11.45 pagi hari Sabtu, 27 Disember 2008 di Hospital Tuanku Jaafar. Tuanku Ja’afar merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesepuluh yang memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999. Jenazah Tuanku dibawa ke Istana Hinggap Seremban dan dikebumikan pada 28 Disember 2008.
Semoga Rohnya Almarhum Tuanku dicucuri rahmat serta digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman-amin
Salam Takziah buat Ahli Kerabat Tuanku serta Warga Negeri Sembilan dari PPMWPKL Daerah Setiawangsa.
Ucaptama Majlis Perasmian oleh Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada Jambori Pengakap Malaysia ke-11 di Ulu Bendul, Negeri Sembilan 2006.
Rabu, 24 Disember 2008
MOTORSIKAL UNTUK DI JUAL...
Tahun 2007 (WQL). Hutang kedai dah 'setel'.
Hubungi Fikar utk sebarang pertanyaan (017-6414614)
* motorsikal scooter yamaha nouvo S tersebut telah pun terjual.
harap maklum....
Rabu, 10 Disember 2008
PUSAT PEMINDAHAN BENCANA TANAH RUNTUH, BUKIT MEWAH, BUKIT ANTARABANGSA. ( 6HB DIS 2008 )

Pusat Pemindahan Di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang, Ampang, Selangor.
(6hb D

Mangsa Tanah Runtuh mendaftar di kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor di Pusat Pemindahan SK Hulu

Petugas & sukarelawan PBSM sedang menyediakan sarapan pagi seawal 4pagi di SK Hulu Kelang untuk mangsa tanah runtuh & petugas ops mencari & menyelamat di Bukit Mewah, Bukit Ant

Reny & Faizul sedang menyediakan roti untuk sarapan petugas & mangsa tanah runtuh.
(5pg, 7hb Dis 2008)

Sukarelawan PBSM Gombak membantu menyiapkan bekalan makanan dari SK Hulu Kelang, Amp

Makanan siap di bung

Siap untuk di hantar ke kawasan tanah runtuh...
Rabu, 3 Disember 2008
TAKLIMAT PERKHEMAHAN KEM BUKIT LAGONG
Tarikh: 6hb Disember 2008 ( Sabtu )
Masa: 9pagi - 12tghari
Kelengkapan: Bawa buku log
Nota: Pakai fulluniform lengkap.
PENUNDAAN TARIKH KEM BINTANG PENGAKAP, BUKIT LAGONG
TARIKH: 9HB DISEMBER - 14HB DISEMBER 2008 (SELASA - AHAD) 6HARI 5MALAM.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 6HB DISEMBER 2008 (SABTU)
BAYARAN PENYERTAAN: RM12 SEORANG.
*Sila hantar borang & bayaran penyertaan pada 6hb Dis 2008 di Dataran Merdeka (hadapan Muzium Sejarah Kuala Lumpur selewat-lewatnya jam 12tgh hari.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:-
Pengurus Kelas: Cik Erma Yanti (012-7751921)
Penyelia Kelas: Cik Mahani Leow (017-6275830)
Selasa, 2 Disember 2008
DARI LENSER CAMERA EOS DSLR 450D
RALAT....!!!
SEGALA KESULITAN & KESALAHAN AMAT DIKESALI.HARAP MAAF.
SELAMAT HARI RAYA QURBAN...
Sabtu, 29 November 2008
PERJUMPAAN KELANA SETIAWANGSA
Masa: 12 tengah hari
Tempat: Pusat Bowling Mid Valley Mega Mall (Berhampiran Panggung GSC)
*Sebarang pertanyaan sila hubungi ADC HEW Cik Normalini 012-6915741, dan ADC Pentadbiran Rusdy 012-2528131.
*Tema pakaian warna hitam.
Air Scout

In the 1930's Scout Troops near to airfields and gliding clubs started to include air activities in their programmes and an 'Air Patrols' pamphlet was produced by HQ's. The Air Scout Branch came into being in January 1941, during the Second World War and provided for air- minded youngsters too young for the ATC where the minimum age was 16 at the time. The response was immediate and enthusiastic, with many demands for literature and advice as Troops and Patrols were formed in many parts of the country. Recruitment was little affected by uniform restrictions imposed by clothes rationing and it was possible to introduce a distinctive uniform in which, for the first time, a beret replaced the traditional Scout hat. Air Scouting reached its numerical peak in 1944. With the end of the War in the following year, number began to fall, but there was no lack of enthusiasm in those who stayed on. In October 1950, as a result of successful negotiations with the Air Ministry, a scheme was introduced for Air Scout Troop to be granted Air Ministry recognition provided certain conditions were met. Members of recognised Troops were permitted to wear a special badge and to have the advantage of certain much needed facilities including opportunities for flying experience in service aircraft for Air Scouts who had reached the required standard of training. To begin with, few Troops were strong enough to qualify for recognition but the scheme itself, gave the incentive, so that by 1955, nearly 40 Troops were given Air Ministry recognition. In that year, the Assistant Chief of Staff at the Air Ministry, Air Vice Marshal J.G.W. Weston, accepted appointment as Headquarters Commissioner for Air Scouts. Air Scouts by many of these local clubs.
KELAS PENGAKAP AT DATARAN MERDEKA
TEMPAT : Dataran Merdeka (berhadapan Muzium Sejarah Kuala Lumpur)
TARIKH & MASA : 30hb November 2008 , 0800 hingga 1300
YURAN : PERCUMA
KELENGKAPAN : Sila bawa buku log, tali pengakap & protrator@pensil
NOTA : Pakai Uniform.
Sila maklumkan pada yang lain.
TAHLIL ARWAH
Tarikh: 4hb Dis 2008 (Khamis mlm Jumaat)
Masa: 8.30mlm (selepas isyak)
Tempat: 108, Jalan Enggang, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur.(berhadapan Hj Sobi canopy)
Sekian utk makluman.
*pertanyaan hubungi Rusdy 012-2528131 @ 016-3436393
Isnin, 10 November 2008
KEM BINTANG PENGAKAP 2008
KEM BINTANG PENGAKAP 2008
Bukit Lagong
Anjuran
PENGAKAP DAERAH LEMBAH PANTAI
Kelolaan
KELAS DATARAN MERDEKA
Kerjasama
RUMAH LATIHAN RAWANG
Untuk sebarang maklumat tambahan sila hubungi:
PENGURUS KELAS
Cik Erma Yanti Osman
012-7751921
PENYELIA KELAS
Cik Mahani Mohd Leow
017-6275830
TARIKH
19hb hingga 24hb Disember 2008 (6 hari)
TEMPAT
Pusat Latihan Belia Bukit Lagong
(Dahulu di kenali sebagai Pusat Latihan Penguatkuasa Negeri Selangor)
YURAN PERKHEMAHAN
Yuran perkhemahan adalah PERCUMA. Pengangkutan, khemah dan bekalan makanan minuman TIDAK disediakan, sila rujuk senarai barangan yang perlu dibawa seperti dalam lampiran. Namun peserta DIKEHENDAKI untuk membayar RM12.00 bagi perbelanjaan penganjur dalam urusan dokumentasi.
OBJEKTIF PERKHEMAHAN
Perkhemahan ini bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran pengakap dengan yuran yang rendah bagi membuka peluang kepada ahli-ahli pengakap yang berminat untuk menjalani latihan bagi melayakkan diri untuk di calonkan ke Pentarafan Pengakap Raja.
RASIONAL OBJEKTIF PERKHEMAHAN
Latihan demi latihan melalui perkhemahan yang kerap untuk mencapai tahap kemahiran tertinggi bagi melayakkan diri untuk di calonkan ke Pentarafan Pengakap Raja memakan belanja yang besar. Ini menjadi antara faktor utama penghalang bagi ahli-ahli pengakap yang kurang berkemampuan, walaupun ahli pengakap tersebut mempunyai kecenderungan ke arah pencapaian Anugerah Pengakap Raja tersebut.
SESSI BERSAMA PENGURUS KELAS
Pada hari Ahad jam 1:00 petang hingga 2:00 petang adalah hari yang di khaskan kepada ibubapa dan penjaga untuk mendengar taklimat daripada Pengurus Kelas mengenai Pentarafan Pengakap Raja. Sessi ini membuka peluang sekiranya ada sebarang persoalan atau keraguan yang ingin di ajukan. Sessi ini tidak menyediakan makanan dan minuman.
PENYERTAAN TERHAD
Perkhemahan ini adalah penyertaan terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Kepada lelaki dan perempuan yang berumur dari 13 tahun hingga 17 tahun dalam Kuala Lumpur dan Selangor.
JURULATIH PERKHEMAHAN KEM BINTANG 2008
Barisan jurulatih bagi perkhemahan ini terdiri daripada Pengakap-Pengakap Kelana yang berpengalaman tinggi dalam ilmu kepengakapan. Barisan jurulatih ini mengamalkan konsep pendidikan Pengakap yang tidak memerlukan sebarang sentuhan fizikal dalam latihan kemahirannya serta tidak mengamalkan konsep ragging.
Adakah jurulatih-jurulatih ini berbayar perkhidmatannya? Tidak, barisan Pengakap Kelana ini adalah sukarelawan yang sentiasa berkhidmat demi kebaikan pembangunan pengakap khasnya dan masyarakat amnya.
SUKATAN PELAJARAN
Seni Sukat & Anggar (The Art of Measurement & Estimation)
Seni Simpulan & Ikatan (The Art of Knots & Lashing)
Kemahiran Menyalakan Api (The Art of Fire Kindling)
Seni Pemerhatian (The Art of Observation)
NetKOM (Navigation, Map & Compass)
Masakan Hutan (Backwood’s Cooking)
Sains Kebakaran (Fire Fighting Science)
Penyelamat & Pertolongan Cemas (Rescue & First Aid)
Berenang (Swimming)
Kawad Tongkat (Staff Drill)
PERATURAN PERKHEMAHAN
Perkhemahan ini mengamalkan tahap disiplin yang tertinggi dan tiada tolak ansur dalam penguatkuasaan peraturan perkhemahan. Penganjur berhak untuk menangguh, menolak atau membatalkan sebarang penyertaan sebelum ataupun semasa perkhemahan berjalan. Peserta yang menepati mana-mana syarat-syarat utama dalam tindakan pembatalan penyertaan akan di hantar pulang.
SYARAT-SYARAT UTAMA TINDAKAN PEMBATALAN PENYERTAAN
- Di dapati melanggar peraturan keselamatan dalam aspek kawalan risiko yang mungkin membahayakan diri sendiri atau peserta yang lain atau kedua-duanya sekali.
- Di dapati demam, tidak sihat atau tidak layak secara kekuatan fizikal untuk meneruskan sebarang latihan dalam perkhemahan.
- Di dapati cedera semasa menjalankan aktiviti sehingga tidak mampu untuk menyertai aktiviti yang seterusnya.
- Di dapati tidak mengamalkan sikap kerjasama dan diplomasi antara peserta sehingga menimbulkan ketidakselesaan yang menjejaskan kelancaran aktiviti.
- Di dapati kehabisan bekalan makanan sebelum hari tamat latihan yang boleh menjejaskan penyertaan dalam aktiviti seterusnya.
PERLEPASAN TUNTUTAN
Pihak penganjur sentiasa mengambil langkah pencegahan yang termampu dalam memastikan segala aspek keselamatan dan kesihatan di ambil kira sepanjang tempoh perkhemahan bagi mengurangkan risiko kemalangan. Namun, Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang tuntutan dan dakwaan ke atas apa-apa kemalangan sekiranya berlaku yang tidak di ingini atas kecuaian peserta sepanjang tempoh perkhemahan.
KEBENARAN IBU / BAPA / PENJAGA
Dengan menandatangi perenggan ini maka tuan / puan telah membaca isi kandungan dengan teliti dan memahami “Peraturan Perkhemahan” dan “Pelepasan Tuntutan” serta membenarkan atas tanggungan risiko sendiri untuk melepaskan anak tuan /puan menyertai perkhemahan ini.
NAMA IBU :..............................................
NAMA BAPA :..............................................
NAMA PENJAGA :..............................................HUBUNGAN:........................
KAD PENGENALAN :..............................................
NOMBOR TELEFON :..............................................
NOMBOR TELEFON :..............................................
ALAMAT RUMAH :..............................................................................................
...............................................................................................
...............................................................................................
TANDATANGAN :
……………………………....
( )
NAMA PESERTA :..............................................
KAD PENGENALAN :..............................................
Sila serah semula dokumen ini di kepilkan bersama bayaran RM12.00 tunai (dua belas ringgit sahaja) selewat-lewatnya pada 7hb Disember 2008 jam 9 pagi di Kelas Dataran Merdeka.
Rabu, 5 November 2008
URUSETIA JAMBORI JOHOR 2008
Tempat: Kem Jubli Intan,Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor.
Bayaran: RM70 (pendaftaran)
* kepada kelana yg berminat sila hubungi Rudy (016-3436393). Tarikh tutup penyertaan pada 8hb Nov 2008.
Sabtu, 1 November 2008
INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN...
Al-Fatihah......
Amin......
Rabu, 29 Oktober 2008
GERAKAN BELIA 4B CAWANGAN SETIAWANGSA
Disini ingin saya maklumkan bahawa kami akan menubuhkan GERAKAN BELIA 4B CAWANGAN SETIAWANGSA tidak lama lagi. Penyertaan terbuka kpd Warganegara Malaysia yg berumur lebih dari 15 tahun dan di bawah umur 40 tahun. Kepada sesiapa yg berminat, sila hubungi En. Rudy (0163436393).
* Pendaftaran adalah percuma.
* Sila kepilkan 2 keping salinan kad pengenalan.
* 2 keping gambar ukuran pasport.
ALYA SYAMILA SYAMSURRI
Isnin, 27 Oktober 2008
SELAMAT PENGANTIN BARU....!!!
Sabtu, 25 Oktober 2008
SETIAWANGSA ROVERS....!!
Assalamualaikum & salam sejahtera kpd blogger2 yg sudi melayari blog yg serba kekurangan ini. Diharap saudara/saudari dapat memberikan komen & pandangan berkenaan blog ini.
Buat masa skrg, saya belum dapat lagi menyiarkan gambar2 perkhemahan utk tatapan anda semua atas sebab2 yg tidak dapat diceritakan. (huhuhu…) Diharap anda semua dapat bersabar.
Saya selaku penulis blog cenderawasihrovers ingin mewar-warkan tentang pencarian ahli kelana daerah Setiawangsa bg tahun 2009.
Kami di PPMWPKL Daerah Setiawangsa belum sempat lg menubuhkan kelana Marine (Laut) utk tahun 2008 atas faktor2 yg tidak dapat dielakkan.
Kemungkinan kami akan menubuhkan kelana marine (laut) pada tahun 2009. Kepada sesiapa yg berminat utk menyertai kelana marine (Angkor Rovers) sila hubungi Pemimpin Anchor Rovers, En. Taufiq Mohd Sallehuddin di talian 0176077156 atau Rudy (0163436393).
Sekian utk makluman…
Rabu, 15 Oktober 2008
SYUKUR ALHAMDULILLAH.....!!!
Bayi tersebut telah pun diberi nama Alya Syamila...
Semoga dengan kelahiran anak sulung ini hidup Cikgu Syamsurri & kak Nik Rozaimah bertambah bahagia...
Amin...
Jumaat, 3 Oktober 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H
Sungguhpun pergolakan dan kepincangan pihak atasan masih lagi belum selesai, diharap semua tabah dan bersabar dgn proses penghakiman yg sedang dijalankan.
"Sekali Berpengakap, Selamanya Berpengakap..."
Rabu, 3 September 2008
AL-FATIHAH....
Al-Fatihah buat ayahanda RUJSDI, SYAHRANI BIN SUKI yg telah kembali ke Rahmatullah pada Rabu lepas, bersamaan 27 Ogos 2008 jam 6.30pg. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org yg soleh... Amin.... |
Isnin, 25 Ogos 2008
French Classic Goji Coffee with Eucommia
:: Tanpa pewarna & pengawet.
:: Terdiri daripada campuran ramuan kopi bermutu tinggi diadun bersama ekstrak eucommia.
:: Menghilangkan keletihan dan meningkatkan tenaga anda.
:: Nota: Sesuai sebagai minuman harian.
:: Cara Hidangan : Tuangkan 1 pek ke dalam secawan air panas (120ml). Kacau dan hidangkan.
*Jika berminat sila hubungi:
Rusdy 012-2528131
Email : cenderawasihrovers@yahoo.com.my / cenderawasihrovers@gmail.com
PUSAT RAWATAN BEKAM LINTAH
-darah tinggi -kencing manis -resdung -kudis buta -gaut -migrain / sakit kepala -asma, semput & lelah *juga menjual minyak lintah hubungi En. Jamaluddin 017-2150959 @ 013-7334210 |
Selasa, 12 Ogos 2008
LUAHAN HATI MANTAN DC LEMBAH PANTAI (KAMARULBASHAH HUSSIN)
Salam pada rakan2, |
Isnin, 4 Ogos 2008
ROVER BOWL
AKTIVITI : PERLAWANAN BOLING PERSAHABATAN ANTARA KELANA-KELANA PPMWPKL TARIKH : 24HB OGOS 2008 (AHAD) MASA BERKUMPUL : 1200 TGH HARI TEMPAT : IOI MALL PUCHONG YURAN : RM15 SEORG (3 GAMES) / 1 KUMPULAN 5 ORG (5 X RM15) TARIKH TUTUP : 10HB OGOS 2008 *MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI RUDY - 0122528131 |
Rabu, 30 Julai 2008
PERKHEMAHAN KEMAHIRAN UNIT BERUNIFORM SMK SEKSYEN 5, WANGSA MAJU
PERKHEMAHAN KEMAHIRAN TARIKH : 1 - 3 OGOS 2008 TEMPAT : SMK SEKSYEN 5, WANGSA MAJU MASA : 3 PTG (JUMAAT) HINGGA 12 TGHARI (AHAD) *MINTA KERJASAMA DRPD KELANA SETIAWANGSA UNTUK MENJADI PEMERHATI.HARAP DAPAT BERI KERJASAMA. |
Jumaat, 25 Julai 2008
Isnin, 7 Julai 2008
Rabu, 2 Julai 2008
KEM LEMBAH GENTING
Kem Lembah Genting merupakan sebuah kem rekreasi, perkhemahan dan latihan milik bumiputra yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor. Diuruskan oleh individu-individu berpengalaman, kem ini menawarkan pelbagai kombinasi aktiviti luaran dan dalaman seperti Jungle Trekking/Survival, Night Trekking, Kem Motivasi, Kem Kepimpinan, Hari Keluarga, dan sebagainya.
Kem Lembah Genting juga dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi yang menghijau serta aliran sungai yang jernih. Lokasinya yang jauh dari kesibukan bandar, bunyi bising kenderaan serta pencemaran menjadikan kem ini sebagai kawasan rekreasi ideal untuk mereka yang menginginkan kedamaian.
Dengan segala kemudahan indoor dan outdoor yang disediakan di sini, Kem Lembah Genting merupakan pilihan yang paling tepat dan professional untuk anda mengadakan program dan aktiviti anda.
Kem Lembah Genting menawarkan kemudahan penginapan, dewan, surau dan tapak perkhemahan yang lengkap dan selesa. Segala kemudahan di sini sesuai untuk semua jenis program seperti Kem Motivasi, Hari Keluarga, Kem Ikhtiar Hidup dan sebagainya.