Followers

Saturday, March 15, 2008

INTRO

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua blogger2 di luar sana..namaku Rusdy, ada yg memanggilku abg Udie & ada juga yg memanggil abg Rudy. ape pun panggilan mereka,aku tetap org yg same. aku berumur 24 tahun pada tahun tikus ini..hehe.. aku berasal dari Kampung Baru Kuala Lumpur dan kini menetap di Jalan Enggang,Taman Keramat,KL..jika anda melihat saya di sekitar Keramat atau KL ini, janganlah sesekali melanggar saya atau cuba membunyikan 'hon' kereta anda dengan nada yang maksimum..eh apo mengarut nih?;p Tujuan atau nawaitu saya menulis blog ini adalah untuk memperkenal serta mempromosikan aktiviti Pengakap khusunya di daerah Setiawangsa.. tahukah anda siapakah ahli Parlimen Setiawangsa? tettttttttt!!! masa sudah tamat, jawapannya ialah Dato' Sri Zulhasnan Rafique..mahupun ini bukanlah blog berbau politik ataupun isu semasa, namun saya cuba memberikan saudara2 info terkini berkenaan trafik di Kl ini..eh bukan..heheh.. Saya sendiri ialah Penolong Pesuruhjaya Daerah Setiwangsa dan telahpun menyertai aktiviti pengakap ini selama baru 6 tahun..ianya bersamaan 72 bulan, 2190 hari dan berjuta-juta saat dimana saya sendiri malas untuk mengira..kiralah sendiri.. Tugas saya selaku Penolong Pesuruhjaya Daerah ialah menguruskan bahagian pentadbiran pengakap daerah.. sebanyak 20 buah sekolah yang berada di bawah naungan Parlimen Setiawangsa di mana saya akan beritahu butiran2 nya..sekian terima kasih..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...