Pengikut

Isnin, 10 November 2008

KEM BINTANG PENGAKAP 2008

KEM BINTANG PENGAKAP 2008

Bukit Lagong

Anjuran

PENGAKAP DAERAH LEMBAH PANTAI

Kelolaan

KELAS DATARAN MERDEKA

Kerjasama

RUMAH LATIHAN RAWANG

Untuk sebarang maklumat tambahan sila hubungi:

PENGURUS KELAS

Cik Erma Yanti Osman

012-7751921

PENYELIA KELAS

Cik Mahani Mohd Leow

017-6275830

TARIKH

19hb hingga 24hb Disember 2008 (6 hari)

TEMPAT

Pusat Latihan Belia Bukit Lagong

(Dahulu di kenali sebagai Pusat Latihan Penguatkuasa Negeri Selangor)

YURAN PERKHEMAHAN

Yuran perkhemahan adalah PERCUMA. Pengangkutan, khemah dan bekalan makanan minuman TIDAK disediakan, sila rujuk senarai barangan yang perlu dibawa seperti dalam lampiran. Namun peserta DIKEHENDAKI untuk membayar RM12.00 bagi perbelanjaan penganjur dalam urusan dokumentasi.

OBJEKTIF PERKHEMAHAN

Perkhemahan ini bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran pengakap dengan yuran yang rendah bagi membuka peluang kepada ahli-ahli pengakap yang berminat untuk menjalani latihan bagi melayakkan diri untuk di calonkan ke Pentarafan Pengakap Raja.

RASIONAL OBJEKTIF PERKHEMAHAN

Latihan demi latihan melalui perkhemahan yang kerap untuk mencapai tahap kemahiran tertinggi bagi melayakkan diri untuk di calonkan ke Pentarafan Pengakap Raja memakan belanja yang besar. Ini menjadi antara faktor utama penghalang bagi ahli-ahli pengakap yang kurang berkemampuan, walaupun ahli pengakap tersebut mempunyai kecenderungan ke arah pencapaian Anugerah Pengakap Raja tersebut.

SESSI BERSAMA PENGURUS KELAS

Pada hari Ahad jam 1:00 petang hingga 2:00 petang adalah hari yang di khaskan kepada ibubapa dan penjaga untuk mendengar taklimat daripada Pengurus Kelas mengenai Pentarafan Pengakap Raja. Sessi ini membuka peluang sekiranya ada sebarang persoalan atau keraguan yang ingin di ajukan. Sessi ini tidak menyediakan makanan dan minuman.

PENYERTAAN TERHAD

Perkhemahan ini adalah penyertaan terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Kepada lelaki dan perempuan yang berumur dari 13 tahun hingga 17 tahun dalam Kuala Lumpur dan Selangor.

JURULATIH PERKHEMAHAN KEM BINTANG 2008

Barisan jurulatih bagi perkhemahan ini terdiri daripada Pengakap-Pengakap Kelana yang berpengalaman tinggi dalam ilmu kepengakapan. Barisan jurulatih ini mengamalkan konsep pendidikan Pengakap yang tidak memerlukan sebarang sentuhan fizikal dalam latihan kemahirannya serta tidak mengamalkan konsep ragging.

Adakah jurulatih-jurulatih ini berbayar perkhidmatannya? Tidak, barisan Pengakap Kelana ini adalah sukarelawan yang sentiasa berkhidmat demi kebaikan pembangunan pengakap khasnya dan masyarakat amnya.

SUKATAN PELAJARAN

Seni Sukat & Anggar (The Art of Measurement & Estimation)

Seni Simpulan & Ikatan (The Art of Knots & Lashing)

Kemahiran Menyalakan Api (The Art of Fire Kindling)

Seni Pemerhatian (The Art of Observation)

NetKOM (Navigation, Map & Compass)

Masakan Hutan (Backwood’s Cooking)

Sains Kebakaran (Fire Fighting Science)

Penyelamat & Pertolongan Cemas (Rescue & First Aid)

Berenang (Swimming)

Kawad Tongkat (Staff Drill)

PERATURAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan ini mengamalkan tahap disiplin yang tertinggi dan tiada tolak ansur dalam penguatkuasaan peraturan perkhemahan. Penganjur berhak untuk menangguh, menolak atau membatalkan sebarang penyertaan sebelum ataupun semasa perkhemahan berjalan. Peserta yang menepati mana-mana syarat-syarat utama dalam tindakan pembatalan penyertaan akan di hantar pulang.

SYARAT-SYARAT UTAMA TINDAKAN PEMBATALAN PENYERTAAN

  1. Di dapati melanggar peraturan keselamatan dalam aspek kawalan risiko yang mungkin membahayakan diri sendiri atau peserta yang lain atau kedua-duanya sekali.

  1. Di dapati demam, tidak sihat atau tidak layak secara kekuatan fizikal untuk meneruskan sebarang latihan dalam perkhemahan.

  1. Di dapati cedera semasa menjalankan aktiviti sehingga tidak mampu untuk menyertai aktiviti yang seterusnya.

  1. Di dapati tidak mengamalkan sikap kerjasama dan diplomasi antara peserta sehingga menimbulkan ketidakselesaan yang menjejaskan kelancaran aktiviti.

  1. Di dapati kehabisan bekalan makanan sebelum hari tamat latihan yang boleh menjejaskan penyertaan dalam aktiviti seterusnya.

PERLEPASAN TUNTUTAN

Pihak penganjur sentiasa mengambil langkah pencegahan yang termampu dalam memastikan segala aspek keselamatan dan kesihatan di ambil kira sepanjang tempoh perkhemahan bagi mengurangkan risiko kemalangan. Namun, Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang tuntutan dan dakwaan ke atas apa-apa kemalangan sekiranya berlaku yang tidak di ingini atas kecuaian peserta sepanjang tempoh perkhemahan.

KEBENARAN IBU / BAPA / PENJAGA

Dengan menandatangi perenggan ini maka tuan / puan telah membaca isi kandungan dengan teliti dan memahami “Peraturan Perkhemahan” dan “Pelepasan Tuntutan” serta membenarkan atas tanggungan risiko sendiri untuk melepaskan anak tuan /puan menyertai perkhemahan ini.

NAMA IBU :..............................................

NAMA BAPA :..............................................

NAMA PENJAGA :..............................................HUBUNGAN:........................

KAD PENGENALAN :..............................................

NOMBOR TELEFON :..............................................

NOMBOR TELEFON :..............................................

ALAMAT RUMAH :..............................................................................................

...............................................................................................

...............................................................................................

TANDATANGAN :

……………………………....

( )

NAMA PESERTA :..............................................

KAD PENGENALAN :..............................................

Sila serah semula dokumen ini di kepilkan bersama bayaran RM12.00 tunai (dua belas ringgit sahaja) selewat-lewatnya pada 7hb Disember 2008 jam 9 pagi di Kelas Dataran Merdeka.

1 ulasan:

  1. Kepada pembaca blog Cenderawasih Rovers harap maklum dengan perubahan jadual yang berikut:

    Kem Bintang Pengakap 2008.

    9hb Selasa hingga 14hb Ahad
    6 Hari 5 Malam

    Kem Belia Bukit Lagong.

    Famie Shafie
    Pengarah Kelas

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...