Followers

Thursday, March 20, 2008

SERI PADUKA PENAUNG PENGAKAP WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA & LABUAN.



DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menjadi penaung PPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan.

Perkenan Seri Paduka Baginda itu disampaikan kepada Y.B Dato' Seri Dr Shafie Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara pada majlis mengadap di Istana Terengganu pada 28 September 2007.

Seri Paduka juga berkenan menerima mengadap Maginda Raja Carl Gustuv Ke-16, Raja Sweden, merangkap Presiden Kehormat Yayasan Pengakap Sedunia, ke Istana Negara pada 3 Oktober 2007 dalam rangka lawatannya sehari ke Malaysia.


* Dipetik dari Buletin Persekutuan Pengakap Malaysia Bil 1 - Januari 2008.

KEM KENCANA DAERAH SETIAWANGSA


PERKHEMAHAN GABUNGAN ANTARA PKK & PM (KENCANA)
Ujian Lencana Keris Gangsa (unit PKK) & Ujian Lencana Usaha (unit PM)
  • Tarikh : 18 - 20 April 2008 ( Jumaat - Ahad )
  • Tempat : Rimba Ria, Sungai Congkak, Selangor Darul Ehsan.
  • Bayaran : RM50 + RM10 = RM60
  • Tempat Berkumpul : SMK SEKSYEN 5, WANGSA MAJU
  • Masa : 2.30ptg.

*Kepada peserta Kem Kencana, sila bawa peralatan seperti:

  • buku log & buku skim latihan.
  • tali pengakap.
  • alat tulis.
  • uniform lengkap.
  • baju hujan.

Sekian utk makluman...


Tuesday, March 18, 2008

SALAM MAULIDUR RASUL 1429H

"Menjana Ummah Gemilang"

Salam Maulidur Rasul 1429H pada blogger2 yg melayari blog ini....
Diharap anda semua berada dlm keadaan sihat sejahtera.(amin...)
Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W semperna hari keputeraan baginda pd hari ini iaitu 12 Rabiulawal 1429H.
Wassalam....

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KE-24


18 - 23 OGOS 2008
KEM JUBLI INTAN, TANJUNG LABUH,
BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM.

KETUA KONTINJEN : CIKGU HALIM 019-2991744 (DC WANGSA MAJU)
BAYARAN : RM 150-RM 200 (ANGGARAN)
PESERTA : PENGAKAP MUDA & REMAJA. (13-17 tahun)

AKTIVITI:-
-Extreme High Rope & Paintball
-Hari Persahabatan Sedunia
-Perkampungan Budaya Antarabangsa
-Citrawarna Pengakap Malaysia
-Lawatan Ke Tanah Terselatan Benua Asia & Pelbagai Destinasi Pelancongan Negeri Johor
-Lawatan Ke Negara Jiran
-Program Keamanan & Cintakan Alam Sekitar
-Sambutan 100 Tahun Kepengakapan di Malaysia
-Gilwell Reunion & INDABA
-Radio & Komunikasi
-dan banyak lagi.....

KURSUS LENCANA KEAHLIAN SMKS5 29 FEB - 2 MAC 2008

Monday, March 17, 2008

MESYUARAT DAERAH & PEMIMPIN KUMPULAN 2008



TEMPAT: BILIK MESYUARAT SMK SEKSYEN 5,WANGSA MAJU.
TARIKH: 19 MAC 2008 (RABU)
MASA: 2.00PTG
AGENDA: PENDAFTARAN 2008 & AKTIVITI TAHUNAN

KEPIMPINAN PPMWPKL DAERAH SETIAWANGSA

EN. SUHARDI ALIAS (PENGERUSI MAJLIS PENGAKAP DAERAH SETIAWANGSA)
NIK ROZAIMAH NIK ZAINUDDIN (BENDAHARI MAJLIS PENGAKAP DAERAH SETIAWANGSA)
NUR HAFIZA HARUN (SETIAUSAHA MAJLIS PENGAKAP DAERAH SETIAWANGSA)
SYAMSURRI ALI (PESURUHJAYA DAERAH SETIAWANGSA)
1)RUJSDI SYAHRANI (PEN. PESURUHJAYA DAERAH, PENTADBIRAN)
2)ROSHAN ZAKI OTHMAN (PEN. PESURUHJAYA DAERAH, KELANA & LATIHAN)
3)ALLIF HAFFIZ AHMAD TERMIZI (PEN. PESURUHJAYA DAERAH, TUGAS-TUGAS KHAS)
4)NORSYAZLINA NORAZMAN (PEN. PESURUHJAYA DAERAH, PENGAKAP MUDA)
5)NORHAZIMIN SAID (PEN. PESURUHJAYA DAERAH, PENGAKAP REMAJA)
6)ZULY RAHIMIE ZULKFLI (PEN. PESURUHJAYA DAERAH, PENGAKAP KANAK-KANAK)
7)NOR MALINI CHE OTHMAN (PEN. PESURUHJAYA DAERAH, HAL EHWAL WANITA)
8)MOHD BURHAN ZAKARIA (PEN. PESURUHJAYA DAERAH, PROGRAM)

SENARAI SEKOLAH-SEKOLAH DALAM DAERAH SETIAWANGSA

SEKOLAH MENENGAH

1) SMK TAMAN SETIAWANGSA

2) SMK TAMAN SERI RAMPAI

3) SMK PADANG TEMBAK

4) SMK DESA TUN HUSSEIN ONN

5) SMK SEKSYEN 5 WANGSA MAJU

6) SMK TINGGI SETAPAK



SEKOLAH RENDAH


7) SK POLIS DEPOT

8) SK AU KERAMAT

9) SK SETAPAK

10) SK TAMAN SETIAWANGSA

11) SK WANGSA MAJU ZON R10

12) SK DESA TUN HUSSIEN ONN

13) SK TAMAN SERI RAMPAI

14) SK AIR PANAS

15) SK MARIAN CONVENT

16) SK JALAN KUANTAN (1)

17) SK JALAN KUANTAN (2)

18) SK PADANG TEMBAK (1)

19) SK PADANG TEMBAK (2)

20) SJKT JALAN FLETCHER

Saturday, March 15, 2008

INTRO

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua blogger2 di luar sana..namaku Rusdy, ada yg memanggilku abg Udie & ada juga yg memanggil abg Rudy. ape pun panggilan mereka,aku tetap org yg same. aku berumur 24 tahun pada tahun tikus ini..hehe.. aku berasal dari Kampung Baru Kuala Lumpur dan kini menetap di Jalan Enggang,Taman Keramat,KL..jika anda melihat saya di sekitar Keramat atau KL ini, janganlah sesekali melanggar saya atau cuba membunyikan 'hon' kereta anda dengan nada yang maksimum..eh apo mengarut nih?;p Tujuan atau nawaitu saya menulis blog ini adalah untuk memperkenal serta mempromosikan aktiviti Pengakap khusunya di daerah Setiawangsa.. tahukah anda siapakah ahli Parlimen Setiawangsa? tettttttttt!!! masa sudah tamat, jawapannya ialah Dato' Sri Zulhasnan Rafique..mahupun ini bukanlah blog berbau politik ataupun isu semasa, namun saya cuba memberikan saudara2 info terkini berkenaan trafik di Kl ini..eh bukan..heheh.. Saya sendiri ialah Penolong Pesuruhjaya Daerah Setiwangsa dan telahpun menyertai aktiviti pengakap ini selama baru 6 tahun..ianya bersamaan 72 bulan, 2190 hari dan berjuta-juta saat dimana saya sendiri malas untuk mengira..kiralah sendiri.. Tugas saya selaku Penolong Pesuruhjaya Daerah ialah menguruskan bahagian pentadbiran pengakap daerah.. sebanyak 20 buah sekolah yang berada di bawah naungan Parlimen Setiawangsa di mana saya akan beritahu butiran2 nya..sekian terima kasih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...