Followers

Monday, July 25, 2011

SENARAI YANG DI-PERTUAN AGONG & YANG DI-PERTUA NEGERI

YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad 

Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960
 YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA  
 Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960
  YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA 
 Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965
  YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT 
 Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin


Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970
  YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA
 Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975
  YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim 

Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 - 30 Mac 1979
YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH
 Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah

Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984
YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN
Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail

Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 - 26 April 1989
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN
Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah 

Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH
 Al-Marhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman 

Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999
  YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj 

Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUABELAS
Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail 
Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Dec 2001 - 12 Dec 2006
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGABELAS
 Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah
Negeri: Terengganu
Tempoh: 12 Dec 2006 - kini




Yang Di-Pertua Negeri


Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor merupakan ketua negeri di 4 negeri di Malaysia iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.
Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial.
Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan Dewan Undangan Negeri.
Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Gabenor akan melantik ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya.


Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang


Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ialah jawatan tertinggi di Pulau Pinang. Pulau Pinang yang diambilalih oleh penjajah British, Kapten Francis Light sehingga kini tidak mempunyai sultan atau raja. Menurut sejarah, Pulau Pinang asalnya dimiliki oleh kerajaan negeri Kedah.
Biasanya tokoh politik yang berjasa akan dilantik menyandang jawatan ini. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang akan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Tun Dato' Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas adalah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kini sejak 2001. Watikah perlantikan semula beliau telah diserahkan oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2009.

Pulau Pinang

NamaTempoh berkhidmat
Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad1957 - 1967
Tun Tan Sri Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin1967 - 1969
Tun Tan Sri Syed Sheh Al-Haj bin Syed Hassan Barakbah1969 - 1975
Tun Tan Sri Dato' Seri Dato' Haji Sardon bin Haji Jubir1975 - 1981
Tun Datuk Dr. Haji Awang bin Hassan1981 - 1989
Tun Tan Sri Datuk (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir1989 - 2001
Tun Dato' Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas2001 - kini


Melaka


NamaTempoh
berkhidmat
Tun Leong Yew Koh1957 - 1963
Tun Haji Abdul Malek bin Yusuf1963 - 1971
Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid1971 - 1975
Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan1975 - 1984
Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj1984 - 2004
Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob2004 - sekarang

Yang di-Pertua Negeri Sabah


Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah merupakan ketua dan pemerintah bagi Negeri Sabah. Beliau dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Sabah. Menurut Perlembagaan Negeri, Yang di-Pertua Negeri dilantik selama empat tahun. Sebelum ini istilah Gabenor digunakan.
Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Negeri dan membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan beberapa fungsi seperti melantik Ketua Menteri dan menangguh dari memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.
Persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri adalah diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.
Sabah tidak mempunyai raja atau sultan. Sebaliknya Yang Di-Pertua Negeri merupakan ahli Majlis Raja-Raja. Setiap mesyuarat yang dihadirinya akan diiringi oleh Ketua Menteri Sabah. Bagaimanapun, Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong dan tidak boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Sabah

NamaTempoh
berkhidmat
Tun Datu Mustapha Datu Harun1963 - 1965
Tun Pengiran Ahmad Raffae1965 - 1973
Tun Mohd Fuad Stephen1973 - 1975
Tun Mohd Hamdan Abdullah (Indan Kari)1975 - 1978
Tun Ahmad Koroh1978 - 1979
Tun Mohd Adnan Robert1979 - 1987
Tun Mohd Said bin Keruak1987 - 1994
Tun Sakaran Dandai1995 - 2002
Tun Ahmadshah Abdullah2003 - 2010
Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin2011 - Kini

Sarawak


NamaTempoh
berkhidmat
Tun Abang Haji Openg1963 - 1969
Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman1969 - 1977
Tun Abang Muhammad Salahuddin1977 - 1981
Tun Abdul Rahman Ya'kub1981 - 1985
Tun Ahmad Zaidi Adruce1985 - 2000
Tun Abang Muhammad Salahuddin2001 - sekarang


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...