Pengikut

Rabu, 2 Julai 2008

KEM LEMBAH GENTING


Kem Lembah Genting merupakan sebuah kem rekreasi, perkhemahan dan latihan milik bumiputra yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor. Diuruskan oleh individu-individu berpengalaman, kem ini menawarkan pelbagai kombinasi aktiviti luaran dan dalaman seperti Jungle Trekking/Survival, Night Trekking, Kem Motivasi, Kem Kepimpinan, Hari Keluarga, dan sebagainya.

Kem Lembah Genting juga dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi yang menghijau serta aliran sungai yang jernih. Lokasinya yang jauh dari kesibukan bandar, bunyi bising kenderaan serta pencemaran menjadikan kem ini sebagai kawasan rekreasi ideal untuk mereka yang menginginkan kedamaian.

Dengan segala kemudahan indoor dan outdoor yang disediakan di sini, Kem Lembah Genting merupakan pilihan yang paling tepat dan professional untuk anda mengadakan program dan aktiviti anda.
FASILITI
Kem Lembah Genting menawarkan kemudahan penginapan, dewan, surau dan tapak perkhemahan yang lengkap dan selesa. Segala kemudahan di sini sesuai untuk semua jenis program seperti Kem Motivasi, Hari Keluarga, Kem Ikhtiar Hidup dan sebagainya.

DEWAN SERBAGUNA



CHALET


DORM 1


DORM 2


REMPUH HALANGAN


REMPUH HALANGAN

FLYING FOX

REPELLING


JUNGLE TREKKING

SURVIVAL



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...